Bermula disini. Blog ini dicipta. "Tanpa permulaan,aku tidak akan sampai ke mana-mana"... Hari ini aku masih lagi seorang manusia yang biasa-biasa sahaja. Setiap hari masih menempuh kegagalan demi kegagalan.Ahh~itulah hari2 ku dinihari. "Aku bencikan kekalahan. Kekalahan merobek ego seseorang. Kekalahan menyebabkan seseorang itu berdendam. Kekalahan menyeksakan, menghina insan yg dahagakan kemenangan. Ya, aku memang sangat dahagakan kemenangan.Sudah lama aku tidak merasa seteguk air kemenangan melalui anak tekak ini yang terlampau dahagakan kemenangan. Yupp, sesiapa yang kalah pasti dihina, di pandang rendah, diherdik dan dibiarkan berseorangan teraba-raba mencari kekuatan bagi menyalakan semula api harapan dan impian yang sememangnya tidak akan pernah cuba untuk padam selagi nafas tidak terhenti. Tetapi perkara yang dah berlalu tu hanyalah warna-warni sejarah kehidupan yang tak perlu aku ungkitkan lagi. Andai kata aku meratap,menangis kerananya,sejarah tetap tidak akan berubah.Hanya masa hadapan sahaja yang mampu aku ubah...Ya...! Aku mesti hentikan dan lupakannya...aku mesti bina semula sejarah baru. "kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan".Aku tak boleh leka lagi selepas ini,aku mesti lebih berusaha dan hati2."Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka". Menurut Saidina Khalid al Walid, "Kita mencipta sejarah,biarlah orang lain yang bercerita tentangnya." Selepas ini,aku perlu bangkit, lebih berusaha, mencari punca dan bermula dengan lebih tekad dan matlamat.
Itu sahajalah untuk hari pertama ini,aku harap apa yang aku tulis ini bukan sekadar "hitam putih" sahaja,aku harap dapat merealisasikannya. Tunggu dan lihat. Wassalam