Saturday 7 July 2012

KEHIDUPAN SEBENAR

Kehidupan Sebenar ( Kenyataan) = Kehidupan akhirat= Belum Bermula > Kekal Selamanya
Kehidupan Sebenar (Sangkaan manusia) = Kehidupan Dunia = Baru shaja bermula > Hampir Tamat

Trend dunia masa kini, manusia sering menganggap kehidupan dunia merupakan sebuah kehidupan yang kekal berpanjangan tanpa ada penghujung.

Firman Allah S.W.T

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ
 وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya
dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Al Imran : 185


Pakcik makcik, jangan dimarahi anak2 apabila mereka mendapat semua merah dalam report card mereka, tetapi pakcik dan makcik perlu marah mereka apabila mereka tidak pandai mengaji. 

Pakcik makcik tak usah malu pada jiran2 apabila anak2 mendapat nombor terakhir dalam kelas tetapi pakcik makcik perlu malu apabila mereka tidak reti membace walau sepotong ayat Al-Quran.

Ada satu cerita menarik yang boleh dijadikan teladan di sini, ada satu orang baru sahaja lepas graduate dari sebuah universiti terkemuka di luar negara setelah bertahun-tahun berhempas pulas di negara orang bagi membawa segulung ijazah pulang ke tanah air.Beliau juga berjaya menempatkan diri sebagai antara seorang daripada hanya beberapa orang yang berjaya mendapat keputusan yang tersangat cemerlang. 

Akhirnya hari yang ditunggu2 telah tiba, sambil perasaan seronok dan tidak sabar hendak berjumpa keluarga beliau melangkah menuju ke sebuah teksi di KLIA. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah beliau terlibat dengan satu kemalangan dan mengalami cedera parah menjadi asbab kepada beliau meninggal dunia.

Jalan cerita yang diceritakan td tidak begitu penting, tapi ape yang hendak disampaikan di sini ialah, kejayaan dunia bukanlah matlamat utama sebuah kehidupan.Ade 1 org, yang tidak berjaya menamatkan pelajaran tetapi akhirnya menjadi kaya-raya. Insan tersebut ialah seorang sahabat nabi, Abdur rahman bin Auf. Percayalah pada janji ALLAH S.W.T, barangsiapa membawa agama dalam kehidupan mereka, maka jaminan ke atas diri mereka kejayaan dunia dan akhirat.

~Islam is The Way Of  Life~

Saturday 10 December 2011

11/12/2011 (sunday) 3:52 a.m

Bermula disini. Blog ini dicipta. "Tanpa permulaan,aku tidak akan sampai ke mana-mana"... Hari ini aku masih lagi seorang manusia yang biasa-biasa sahaja. Setiap hari masih menempuh kegagalan demi kegagalan.Ahh~itulah hari2 ku dinihari. "Aku bencikan kekalahan. Kekalahan merobek ego seseorang. Kekalahan menyebabkan seseorang itu berdendam. Kekalahan menyeksakan, menghina insan yg dahagakan kemenangan. Ya, aku memang sangat dahagakan kemenangan.Sudah lama aku tidak merasa seteguk air kemenangan melalui anak tekak ini yang terlampau dahagakan kemenangan. Yupp, sesiapa yang kalah pasti dihina, di pandang rendah, diherdik dan dibiarkan berseorangan teraba-raba mencari kekuatan bagi menyalakan semula api harapan dan impian yang sememangnya tidak akan pernah cuba untuk padam selagi nafas tidak terhenti. Tetapi perkara yang dah berlalu tu hanyalah warna-warni sejarah kehidupan yang tak perlu aku ungkitkan lagi. Andai kata aku meratap,menangis kerananya,sejarah tetap tidak akan berubah.Hanya masa hadapan sahaja yang mampu aku ubah...Ya...! Aku mesti hentikan dan lupakannya...aku mesti bina semula sejarah baru. "kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan".Aku tak boleh leka lagi selepas ini,aku mesti lebih berusaha dan hati2."Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka". Menurut Saidina Khalid al Walid, "Kita mencipta sejarah,biarlah orang lain yang bercerita tentangnya." Selepas ini,aku perlu bangkit, lebih berusaha, mencari punca dan bermula dengan lebih tekad dan matlamat.
Itu sahajalah untuk hari pertama ini,aku harap apa yang aku tulis ini bukan sekadar "hitam putih" sahaja,aku harap dapat merealisasikannya. Tunggu dan lihat. Wassalam